Rahasia dibalik Adzan

Rahasia dibalik Adzan


Renungkanlah WAHAI SAHABAT-SAHABATKU yang dirahmati ALLAH SWT, Mengapa
lidah kelu disaat kematian? tetapi kematian itu pasti menjelma. Hanya
masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. Coba kita amati.

Mengapa kebanyakan orang yg nazak (hampir ajal) tidak dapat berkata
apa- apa.. lidahnya kelu, keras dan
hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan 'sakaratul maut'.  

Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud:
"Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Alloh akan
kelukan lidahnya ketika maut
menghampirinya." Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan
diri, jangan berkata
apa-apa pun semasa azan berkumandang.

Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan. Banyak
fadhilatnya.

Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri.
Mengapa ketika azan kita tidak boleh
mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Alloh
akan kelukan lidahnya ketika nazak.

Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita
tidak dapat mengucap kalimah
"Lailahaillallah.." yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah
ini ketika nyawanya akan dicabut
Alloh dgn izinNya menjanjikan syurga untuk mereka. Dari itu marilah
kita sama-sama menghormati azan dan
mohon kepada Alloh supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang
dicabut.

"Ya Alloh! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi
mulia, lancarkan lidah kami
mengucap kalimah "Lailahaillallah.." semasa sakaratul maut menghampiri
kami. Amin.. amin.. amin Yarobbal
a'lamin.."

No comments:

Quote of the day: